Sunday, September 30, 2012

Tentang Herbalife - Bhg 2

Kali ni saya nak membawa anda melihat siapakah selebriti yang mengiktiraf dan menggunakan produk Herbalife. Dihimpunkan koleksi gambar dan video para atlet tajaan Herbalife yang tentunya ada di antara mereka anda kenali. Di bawah ni atlet2 Malaysia yang menjadi duta Herbalife.


Kalau dah ahli sukan sendiri amalkan Herbalife maka tidak dinafikan lagi keberkesanannya dalam memelihara kesihatan manusia sejagat, InsyaAllah. Berikut lagi contoh gambar di mana David Beckham merupakan salah seorang duta Herbalife.


Dan semestinya kelab bola liga sepanyol yang paling diminati iaitu Barcelona.


Pemain lincah dan beraksi terbaik di atas padang.Lionel Messi.


Azamku untuk menjadi sihat dan bertenaga seperti atlet dan jurulatih Herbalife berikut.

Tentang Herbalife - Bhg 1

Bagaimana ia bermula
 
Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini. 

Direka secara saintifik khusus untuk kejayaan anda
 
Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambilkira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan. 

Pakar yang boleh anda Percaya

 
Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standad yang ditentukan oleh industri pada masa kini. 

Kajian ini dilakukan di makmal berteknologi tinggi iaitu Makmal Nutrisi Selular dan Molekular (Mark Hughes Cellular and Molecular Nutrition Laboratory) yang mana merupakan salah satu divisyen di bawah David Geffin School of Medicine di Universiti California yang sememangnya fokus kepada nutrisi makanan . (Link Rujukan)

Ahli Persatuan Penjualan Langsung
Sebagai ahli persatuan penjualan langsung, Herbalife berjanji untuk menyokong kod Etika Penjualan Langsung, asas utama komitmen Persatuan dalam mempraktikkan tahap etika yang tinggi dalam perniagaan dan perkhidmatan pengguna. 

Sokongan yang boleh anda harapkan
Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di 76 buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya. 

Hubungi saya untuk tips pemakan sihat dengan produk Herbalife.

Abu Zahraa
0122480204
Ipoh Perak
Malaysia

Kenali Tubuh Anda! Bhg. 2

Mengapa Makan Berlebihan Memudaratkan?

Jawapan kepada persoalan ini cukup mudah dan anda pastinya pernah mendengar perkataan 'kalori' bukan? Apakah yang dimaksudkan dengan kalori? Kalori adalah unit untuk tenaga. Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Berapakah kalori yang tidak memudaratkan kesihatan?

Dalam mengenali diri kita, kita perlu tahu berapakah kadar purata/kebiasaan kalori yang boleh dibakar oleh lelaki dan wanita dalam sehari. Secara purata, lelaki membakar 2200 kalori sehari, manakala wanita hanya 1800 kalori sahaja sehari. Ini bermakna jika pengambilan kalori setiap seorang daripada kita dalam sehari tidak melebihi kuantiti di atas maka kita tidak akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan juga masalah kesihatan. Tetapi apa yang berlaku adalah, jika melihat kepada tabiat pemakanan warga Malaysia kini, adalah mustahil untuk kita kekalkan pengambilan kalori dalam kuantiti tersebut. 

Mengapa saya katakan pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia tidak sihat?

Mari kita lihat pengiraan kalori di bawah :-

Ini adalah pengiraan bagi tabiat pemakanan kebiasaan rakyat Malaysia. (termasuk saya sebelum ini)

Makan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori

Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

Makan Malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Jadi apa yang berlaku kepada 3043 kalori ini tadi? Mari kita tolakkan dengan jumlah purata kalori yang boleh dibakar oleh lelaki dan wanita dewasa pula.

Lelaki
2200 kalori dibakar sehari - 3043 kalori yang diambil sehari = - 843 kalori
Ini bermakna 843 kalori yang tidak mampu dibakar ini akan ditukarkan menjadi lemak dalam badan dan akan menambahkan berat badan lelaki tersebut.

Perempuan
1800 kalori dibakar sehari - 3043 kalori yang diambil sehari = - 1243 kalori
Ini bermakna 1243 kalori yang tidak mampu dibakar ini akan ditukarkan menjadi lemak dalam badan dan akan menambahkan berat badan perempuan tersebut.

*Setiap 8000 kalori yang tidak dibakar akan menjadi lemak dalam badan dan menaikkan berat badan sebanyak 1KG!!!!! (Klik Link Rujukan)

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?

Jika lelaki bakar 2200 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 843 kalori setiap hari sebagai lemak. 843 X 365 hari = 307, 695 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 38.47kg!! (307695 / 8000).  (Klik Link Rujukan)

Bagaimana mengawal pengambilan kalori dengan sihat dan tidak memudaratkan?

Kesimpulannya, kita perlu menjaga pemakanan kita selari dengan saranan pakar pemakanan kita sepanjang zaman iaitu Rasululullah S.A.W yang mana menyarankan kita bahawa makan dalam kuantiti yang perlu sahaja dan bukannya mengikut nafsu dan kehendak yang tidak pernah puas.

Pengambilan kalori yang rendah daripada jumlah biasa yang dibakar adalah kunci utama kesihatan. Hal ini kerana kita bukan saja dapat membakar kalori yang diambil sehari-hari tetapi juga masih mampu membakar kalori yang sebelum ini terperangkap lama di dalam badan kita.

Atas dasar inilah yang membuatkan produk Herbalife juga dilihat sebagai ubat kurus. Sedangkan apa yang sebenarnya adalah, produk Herbalife memaksimumkan potensi organ dalaman badan melakukan tugasnya dengan pembekalan nutrisi yang lengkap dan dalam masa yang sama rendah kalori.

Hubungi saya untuk tips pemakan sihat dengan produk Herbalife.

Abu Zahraa
0122480204
Ipoh Perak
Malaysia

 
 



Saturday, September 29, 2012

Kenali Tubuh Anda!

Berapakah umur anda sekarang? 20 tahun? 30 tahun? Ataupun sudah melewati 40an? Atau mungkin juga sudah menjangkau ke usia emas. Namun persoalannya di sini bukanlah umur semasa anda, tetapi yang lebih penting berapakah umur dalaman anda? Inilah yang sebenar-benarnya ingin saya persoalkan hari ini. Tahukah anda boleh mengira berapakah umur dalaman anda dengan mengambil kira berapakah berat anda, tinggi, kandungan air dalam badan, kandungan lemak badan, jisim tulang dan yang paling penting lemak dalaman yang menyelaputi organ dalaman anda. Semua ini akan merumuskan satu inferens samada anda menikmati kesihatan yang optimum atau tidak!!!

Mungkin anda yang seusia dengan saya akan merasakan kini badan kita tidak lagi sehebat dulu, tidak sepertimana semasa kita remaja. Zaman di mana kadar metabolisma badan yang sangat hebat. Makanlah banyak mana pun kita pasti tidak menghadapi masalah berat badan, boroi, cepat letih dan tidak bermaya. Pernahkah anda terfikir mengapakah perubahan ini berlaku? Percayakah anda sekiranya saya katakan hal ini berlaku kerana organ dalaman kita semakin kurang berfungsi dengan berkesan selari dengan peningkatan usia kita? Jika anda bersetuju mari kita teruskan lagi kembara ini dalam mengenali diri kita ini.

Seorang kenalan saya mengatakan masalah kesihatan berpunca daripada faktor persekitaran dan saya setuju. Pencemaran alam sekitar, industri pertanian yang banyak menggunakan bahan kimia juga didapati mencemarkan sumber makanan kita terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Apakah kesannya jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat? Mungkin anda masih ingat kalau dulu di sekolah kita ada belajar tentang 'piramid makanan'. Namun, berapa ramaikah daripada kita yang betul-betul mengamalkannya sehingga tua? Amalkan seminggu sekali pun susah, betul tak? Tetapi percayalah jika anda mahu sihat, itulah cara yang terbaik. Kawal pemakanan anda. Kita adalah apa yang kita makan, marilah kita bersama-sama merenungkan apa yang dinasihatkan oleh Rasululllah kesayangan kita berkenaan kewajipan menjaga pemakanan.

Rasulullah S.A.W bersabda :-  
"Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan". (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah & at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma'diyakrib radhiyallahu 'anhu)

Saya rasa cukup sekadar ini dahulu kembara kita dalam mengenali diri kita pada malam ini, insyaAllah akan bersambung dalam bahagian kedua.


Hubungi saya untuk tips pemakan sihat dengan produk Herbalife.

Abu Zahraa
0122480204
Ipoh Perak
Malaysia
  


Adab makan, minum menurut sunnah Rasulullah

Adab makan, minum menurut sunnah Rasulullah

Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus
bhagama@bharian.com.my
2012/04/03

        ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuk perkara membabitkan pemakanan. Tidak dapat dinafikan makanan dan minuman elemen penting dan berharga dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera, menjalankan tugasan atau kegiatan hariannya dengan lancar dan memastikan seseorang itu tidak hilang semangat kerana kelaparan. 

Terdapat beberapa adab dan etika yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara. Islam tidak menggalakkan umatnya makan sesuka hati, makan terlalu kenyang dan sebagainya. Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan Baginda SAW amat bertepatan dengan ayat al-Quran yang bermaksud: “... makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A'raf, ayat 31). 

Ada beberapa panduan yang diajarkan Baginda SAW kepada umat Islam antaranya adalah seperti berikut: Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar membaca Bismillah ketika hendak makan, menggunakan tangan kanan dan akhirinya dengan membaca Alhamdulillah. Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang Muslim adalah peringatan bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT. 

 Rasulullah SAW hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum perut berasa kenyang. Rasulullah SAW mengajar cara untuk makan dan minum iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas). 

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur. Cara Rasulullah SAW duduk ketika makan adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi ini bukan saja dapat memberi keselesaan pada perut, malah dapat menjaga keseimbangan ruang dalam perut agar terbahagi kepada tiga bahagian. 1/3 ruang untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan 1/3 lagi untuk air. 

Di samping itu, Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.” Antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Muslim). 

Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari dan selepas selesai makan, Baginda SAW menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya. Hikmahnya, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya”. (hadis riwayat Muslim) Perbuatan membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkumur kalian selepas minum susu kerana di dalamnya mengandung lemak”. (hadis riwayat Ibnu Majah). 

Di samping itu, Rasulullah SAW gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga akan dapat mengelakkan pembaziran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian” (Hadis riwayat Abu Daud). 

Imam Abu Hamid al-Ghazali menyatakan antara etika makan ialah membicarakan hal yang baik dan menceritakan kisah orang yang salih ketika makan. Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam Ibn al-Qayyim ra, menyatakan Nabi SAW bercakap dan berbual ketika makan. Dalam kitabnya al-Zaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu itu.” (Hadis riwayat Muslim). “Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman.” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap (melampau batas) atau bercakap dengan makanan penuh dalam mulut. Jangan juga bercakap mengenai hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya. Rasulullah SAW juga ada memberi panduan mengenai cara minum antaranya jangan minum berdiri, jangan meniup air yang panas, jangan minum daripada bekas air yang besar, jangan bernafas ketika sedang minum dan minum seteguk diselang seli dengan bernafas. Apabila kita minum daripada bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida yang apabila bercampur dengan air (H20) dan akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid. 

Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang memahami dan memanfaati nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini.