Berapakah umur anda sekarang? 20 tahun? 30 tahun? Ataupun sudah melewati 40an? Atau mungkin juga sudah menjangkau ke usia emas. Namun persoalannya di sini bukanlah umur semasa anda, tetapi yang lebih penting berapakah umur dalaman anda? Inilah yang sebenar-benarnya ingin saya persoalkan hari ini. Tahukah anda boleh mengira berapakah umur dalaman anda dengan mengambil kira berapakah berat anda, tinggi, kandungan air dalam badan, kandungan lemak badan, jisim tulang dan yang paling penting lemak dalaman yang menyelaputi organ dalaman anda. Semua ini akan merumuskan satu inferens samada anda menikmati kesihatan yang optimum atau tidak!!!
Mungkin anda yang seusia dengan saya akan merasakan kini badan kita tidak lagi sehebat dulu, tidak sepertimana semasa kita remaja. Zaman di mana kadar metabolisma badan yang sangat hebat. Makanlah banyak mana pun kita pasti tidak menghadapi masalah berat badan, boroi, cepat letih dan tidak bermaya. Pernahkah anda terfikir mengapakah perubahan ini berlaku? Percayakah anda sekiranya saya katakan hal ini berlaku kerana organ dalaman kita semakin kurang berfungsi dengan berkesan selari dengan peningkatan usia kita? Jika anda bersetuju mari kita teruskan lagi kembara ini dalam mengenali diri kita ini.
Seorang kenalan saya mengatakan masalah kesihatan berpunca daripada faktor persekitaran dan saya setuju. Pencemaran alam sekitar, industri pertanian yang banyak menggunakan bahan kimia juga didapati mencemarkan sumber makanan kita terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Apakah kesannya jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat? Mungkin anda masih ingat kalau dulu di sekolah kita ada belajar tentang 'piramid makanan'. Namun, berapa ramaikah daripada kita yang betul-betul mengamalkannya sehingga tua? Amalkan seminggu sekali pun susah, betul tak? Tetapi percayalah jika anda mahu sihat, itulah cara yang terbaik. Kawal pemakanan anda. Kita adalah apa yang kita makan, marilah kita bersama-sama merenungkan apa yang dinasihatkan oleh Rasululllah kesayangan kita berkenaan kewajipan menjaga pemakanan.
Rasulullah S.A.W bersabda :-
"Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari
perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap
makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan
1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk
pernafasan". (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah & at-At-Tirmizi dari
al-Miqdam bin Ma'diyakrib radhiyallahu 'anhu)
Saya rasa cukup sekadar ini dahulu kembara kita dalam mengenali diri kita pada malam ini, insyaAllah akan bersambung dalam bahagian kedua.
Hubungi saya untuk tips pemakan sihat dengan produk Herbalife.
Abu Zahraa
0122480204
Ipoh Perak
Malaysia

No comments:
Post a Comment